Merasai Suasana Kampung di Banghuris Homestay, Sepang

Usai saja majlis pelancaran Voluntourism di Avani Sepang Goldcoast Resort, Sahabat Media Cuti-Cuti 1 Malaysia (#SMCC1M) bergerak ke Banghuris Homestay. Seperti yang dijanjikan dalam entri sebelum ini, kali ini aku nak berkongsi cerita kami berkampung di Banghuris Homestay. Semoga perkongsian kali ini bermanfaat untuk sesiapa saja yang berhajat nak datang dan buat aktiviti kat sini. Tak pun, yang merancang untuk bawa rakan-rakan dari luar negara melancong ke Malaysia dan merasai sendiri suasana kampung. Aku yakin, rakyat Malaysia sendiri pun ramai yang belum tahu kewujudan tempat ini, ye dok?



INFO!
Best Homestay in Malaysia, Malaysia Tourism Award 2014 daripada Tourism Malaysia
Dilengkapi dengan kemudahan seperti 80 rumah homestay dan 100 bilik homestay


♩ ♪ ♫ ♬ ♭ ♮ ♯ Kompang dipalu ♩ ♪ ♫ ♬ ♭ ♮ ♯





Rombongan SMCC1M datang dengan menaiki 2 buah bas. Setibanya di Banghuris Homestay, kami disambut dengan paluan kompang. Ececece, dah macam pengantin baru la pulok. Siap dengan bunga manggar dan khemah tempat makan. Memang meriah.



Teringin nak merasai suasana kampung?

Nak belajar tentang gaya hidup di desa?

Ya, memang sesuai untuk bertandang ke sini. Bagi aku yang menetap dan membesar di kampung sejak kecil, bila sampai di Banghuris Homestay sedikit-sebanyak dapat mengimbau kenangan silam zaman kanak-kanak. Bezanya, kampung aku ada sawah padi, kat sini ada ladang kelapa sawit.


FAKTA!
Banghuris Homestay berasal dari gabungan nama tiga kampung iaitu Kampung Bukit Bangkong, Kampung Hulu Chuchoh dan Kampung HuluTeris


Unik kan nama yang diberi? Kreatif betul siapa yang main cantum-cantum nama camni,haha. Oh, lagi satu. Mesti ramai yang nak tahu lokasi sebenar Banghuris Homestay. To be exact, ia terletak di daerah Sepang.iaitu:
  1. 35km dari Kuala Lumpur International Airport (KLIA)
  2. 50km dari Putrajaya
  3. 97km dari Kuala Lumpur
  4. 40km dari Port Dickson
  5. 15km dari Sepang Gold Coast
 
TIPS!
Ikut signboard ke Kuala Langat dan seterusnya ke Sungai Pelek


Ok, sambung cerita pasal trip kami, gang Sahabat Media CC1M yang telah disambut dengan paluan kompang tadi. Pihak Banghuris Homestay dah siap-siap sediakan juadah untuk makan petang. Memandangkan cuaca memang panas terik, turun je dari bas, masing-masing serbu khemah yang ada menyediakan minuman dan makanan. Lagi-lagi, bila air kelapa yang disediakan. Memang cocok dengan cuaca, semua pakat serbu untuk menghilangkan haus dan dahaga.


,Masing-masing excited nak minum air kelapa


 

Bukan hanya air kelapa, malah kami juga dihidangkan dengan juadah lain macam mee sup, buah durian dan tempe goreng. Perasaan? Seronok dan rasa dah macam berada di kenduri kahwin di kampung,haha. Terbaik :)


 Mee sup udang


 Serasi bersama air kelapa


Duk tengah slurpppp mee sup dan sedut air kelapa, wak bertopi merah datang hulur durian pulak. Fuuuh, dugaan. Nak makan kenyang, tak makan menyesal. Apa lagi, ngap saja durian tu. Isi durian kat sini memang cantik, rasa manis dan sedap. Kuning ala-ala durian Musang King. Tapi yang dia bagi, tak tahu pulak nama apa. Ngap je tahu,lol.





♩ ♪ ♫ ♬ ♭ ♮ ♯ Kuda ku lari, gagah berani...... ♩ ♪ ♫ ♬ ♭ ♮ ♯



Sebenarnya, kami bukan hanya makan-makan dan borak-borak dengan rakan-rakan bloggers dan media di meja makan time ni. Kami juga dihiburkan dengan Kumpulan Gitar Rancak (kugiran) Banghuris Homestay. Penampilan istimewa, Iqwal yang turut serta dalam trip Sahabat Media CC1M turut dijemput untuk menyanyi dan menghiburkan kami semua. Ini first time dengar Iqwal nyanyi, memang power suara dia.


Tarikan utama di Banghuris Homestay

Homestay - Rumah tradisional
Bunga manggar
Masakan tradisional
Kompang
Cempuling
Tarian tradisional
Congkak
Batu seremban
Memancing
Menoreh getah
Mengait kelapa sawit
 Menanam pokok
Kebun buah-buahan
Kebun buluh
Kebun kopi
Pemposesan tempe
Kilang makanan segera
Kilang mee dan tofu
Kilang kerepek ubi kayu


Perut sudah kenyang, tiba masa kami semua merasai sendiri aktiviti-aktiviti menarik di Banghuris Homestay. Nak tahu apa yang sempat kami buat? Jom layan penjelajahan kami merasai suasana kampung dan merakam detik-detik indah bersama.


Memancing


Jujur aku cakap, dalam hidup boleh bilang dengan jari berapa kali je aku memancing. Memang takde bakat dari kecik lagi bab-bab memancing nih. Nama je duk kat kampung, tapi memancing tak pandai. Jatuh standard, kah3. Seronok tengok rakan-rakan blogger yang memancing dan dapat ikan. Aku dapat juga, dapat pegang joran je. Ikan satu pun tak sangkut. Memang give up! Menyerah tanpa sebarang hasil. Spoil :(



Ramai yang dah give memancing, terutama aku. Yang duk menyanyi di pentas utama pun dah habis lagu dorang nyanyi.Jadi, kami beralih ke lokasi seterusnya. Nak tahu ke mana destinasi kami seterusnya? Ayuh kita sambung pengembaraan di Banghuris Homestay.


Menoreh pokok getah


Bila melawat ladang getah, first benda aku buat kutip biji getah. Time tuh memang dah teringat balik pengalaman time kecik. Kalau nak tahu, kebun getah memang dah jadi port best masa kecik-kecik dulu. Cari biji getah, main laga-laga tengok biji getah siapa paling kukuh dan lasak. Itu permainan paling best time tuh.Ye lah, mana ada ipad, laptop bagai nak main. Games? Belum sampai lagi kat kampung aku time tuh,haha.


Kat ladang getah, kami diberi penerangan pasal mesin getah keping dan teknik-teknik menoreh getah yang betul. Walaupun bau getah busuk, hasilnya memang wangi (duit). Bau-bau busuk inilah yang menghinggap tubuh badan mak aku untuk cari duit buat bekal aku sekolah dan belajar tinggi-tinggi.Salute! I adore u mom, love you so much. Aku pun tak mampu nak buat semua benda nih.



Ladang buluh

Lokasi terakhir adalah di ladang buluh.Mesti pelik kan, ladang buluh pun nak melawat. Haa,ce tengok sini. Mau tak nak tengok kalau dah cantik macam ni.


Kat sini lah tempat yang paling lama kami berhenti untuk bergambar. Memang teruja dengan suasana kat sini. Untung orang-orang sekitar Banghuris Homestay yang nak kahwin, tak payah pergi jauh-jauh untuk photoshoot. Datang sini je, memang dah cun-melecun.


 

Antara moment yang sempat dirakam sebelum berangkat pulang. Nak feeling-feeling bergambar macam di Korea, hah boleh datang sini.



Macam biasa, tak cukup dengan hanya tinggalkan tapak kaki kat sini. Apa kata kita bergambar sekali buat kenang-kenangan. Fuyoooh, dah sampai kat Korea Darul Ehsan, wakakaka.


Cukup sampai di sini saja perkongsian pasal Banghuris Homestay untuk kali ini. Jadi, kalau rasa dah berminat nak melawat tempat macam ni, bolehlah hubungi mereka yang berkenaan.


Hubungi:  
Haji Basir Wagiman
012-662 8548
Puan Misriah Natijo
019-391 9547
Encik Azizi Bin Haji Basir
017-630 3601

Fax: 
 +603 3142 1010

Address:  
Kampung Hulu Chuchoh, 43950 Sungai Pelek, Sepang, Selangor, Malaysia


Sebenarnya, Malaysia pun ada banyak tempat-tempat yang menarik untuk dilawati. Cuma perlu masa dan tahu cara untuk diterokai. Nak melancong, tak semestinya pergi jauh seberang laut, melancong dalam negara pun tak kurang hebatnya. Apapun, sekali lagi sekalung penghargaan dan terima kasih kepada Tourism Malaysia, Santai Travel, M-Mode dan Sahabat Media untuk penganjuran trip kali ini. Sehingga ketemu lagi di lain waktu dan ketika.

Post a Comment

23 Comments

  1. wakk seronoknya dapat join blogger yang lain...

    terima kasih infonya.. jemput join segmen baru di blog saya

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang seronok..lagi-lagi dapat kenal dengan blogger-blogger lain yang belum pernah jumpa sebelum ni

      Delete
  2. wahhh seronoknya dapat join dengan blogger yang lain

    terima kasih infonya.. jemput join segmen baru di blog saya

    ReplyDelete
  3. seronoknya... yummilicious tengok makanan2 tu. Pokok buluh tu, memang cantik. No wonder PB pun suka bergambar di situ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tempat menarik, makan pun sedap, memang layan habis
      yezza, betul tu..tak tertahan tengok tempat cantik camni..
      terus berkobar-kobar nak bergambar

      Delete
  4. Klu x gi Bintulu , boleh ikut korang.. T_T

    ReplyDelete
    Replies
    1. takpe, Bintulu lagi best..
      kat Sepang, bila-bila masa boleh pergi pulak

      Delete
  5. owh dkat sepang..
    suka enviremnt kampung tenang..
    lgipun memang org kampung.. he..he..
    nama homestay pun unik..
    pemandangan kampung pun cantik.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama la bro, orang kampung jugak...
      memang rasa dekat dengan diri sdiri
      pasal nama tu, memang unik..
      first time dengar, macam nama orang

      Delete
  6. Seronok kalau pergi homestay yang boleh buat macam2 aktivit.. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. setuju.. lagi-lagi klu dapat buat benda yang tak pernah kita buat..
      arituh, tak sempat canting batik je..

      Delete
  7. Cantik dan tenang je tengok pohon buluh merimbun macam tu :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. scenery kat situ, seriously ohsem!
      sesuai untuk orang yg suka photography

      Delete
  8. sedapnya makan mee sup sambil minum air kelapa...

    ReplyDelete
    Replies
    1. lepas tu pekena durian kampung pulak.. fuh, meriah

      Delete
  9. Bagus infonya..lengkap... ni interview pak aziz satar hari tu ke? kenpa aku tak ada info mcmni? uwaaa.....

    PROGRAM SAHABAT MEDIA RAILWAY TOURISM KE IPOH PERAK SEMPENA MAJLIS PELANCARAN PAKEJ PELANCONGAN KERETAPI

    pegi tak????

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak sempat nk interview pun bro.. terbaca di pamplet yang dorang edar arituh..

      inshaAllah join untuk trip ke Perak nanti..
      moh nek keretapi pi Ipoh yob

      Delete
  10. Paling menarik ladang buluh tu..suka sangat pemandangan tu :)

    ReplyDelete
  11. akak masih simpan lagi biji getah yg dikutip masa kita kat sana.....

    ReplyDelete