RIVERSIDE MAJESTIC HOTEL

Perjalanan dari Kuching International Airport (KIA) ke Riverside Majestic Hotel mengambil masa lebih kurang 15-20 minit dengan menaiki bas Cat City yang disediakan oleh pihak Sarawak Tourism Board (STB).

 

Ketibaan kami di lobi hotel disambut dengan teh pandan dan tuala basah. Fuh! Layan je sebab cuaca kat luar panas. Bila semua dah masuk lobi hotel, kami semua dihiburkan dengan tarian tradisional, “Selamat Datang” oleh penari-penari Riverside Majestic Hotel. Inilah keunikan yang ada di Sarawak yang masih dikekalkan sehingga ke hari ini iaitu tarian tradisional dan pakaian kaum etnik di Sarawak.



Kemudian, kami diberi kad access bilik masing-masing untuk check in. Tak sabar nak masuk bilik hotel, nak berehat dan mandi-manda untuk hilangkan penat sebelum meneruskan lawatan sekitar Kuching. Jom kita check in bilik 0901. Malangnya, takde partner. Duk sorang je lah dalam bilik tuh. Nasib baik view cantik, boleh lah melayan perasaan. Dari bilik hotel boleh nampak Sungai Sarawak dan Kuching cat statues.


Masuk je bilik, tengok ada souvenir daripada pihak  Malindo Air. Terbaik lah, dapat cap. Boleh lah guna time pergi jalan-jalan sekitar Sarawak sepanjang percutian nanti. Cool!


Nak tahu selesa ke tak menginap di Riverside Majestic Hotel? Malas nak berceloteh panjang, jom layan je gambar-gambar yang ada. Cekidout!



Amacam, ok tak? Mesti lah ok, hotel 5 stars katakan. Siap ada meal bagai time check in iaitu buah-buahan, kek lapis dan gula-gula lada hitam. Sebelah malam pun ada meal jugak untuk supper, coklat dan tebaloi. Lagi syok, ada free wifi. Itu paling penting, nyawa beb! Lagipun, di bahagian bawah hotel ada shopping complex termasuk cinema, bowling, Parkson, KFC, dan macam-macam lagi.


Syok betul dapat menginap di Riverside Majestic Hotel selama 3 hari 2 malam. Terima kasih Malindo Air dan Sarawak Tourism Board untuk percutian yang amat menyeronokkan.

Untuk maklumat lanjut mengenai Riverside Majestic Hotel, boleh layari http://www.riversidemajestic.com

Riverside Majestic Hotel
Jalan Tunku Abdul Rahman, 
P.O. Box 2928, 
93756 Kuching Sarawak, 
Malaysia

Ayuh, mulakan kembara di Kuching. Nak tahu ke mana destinasi pertama kami di Kuching? Tunggu......

Post a Comment

3 Comments