A POPCORN SESSION : PARENTAL GUIDANCE



PARENTAL GUIDANCE

Duration
104 minutes

Synopsis
Artie and Diane agree to look after their three grandkids when their type-A helicopter parents need to leave town for work. Problems arise when the kids' 21st-century behaviors collide with Artie and Diane's old-school methods.

Artie(datuk)
 Diane (nenek)
 Alice (ibu)
Phil (bapa)
Barker (anak bongsu)
Turner (anak tengah)
Harper (anak sulung)




Parental Guidance merupakan filem pertama untuk tahun 2013. Terima kasih kepada Nuffnang untuk jemputan ke tayangan perdana yang tak putus-putus. Untuk itu, page special untuk segmen A Popcorn Session sudahpun ada di blog Visible Voice (klik sini). Semoga apa yang telah ditonton dapat dikongsi dengan pembaca-pembaca di sini. Ini hanyalah pendapat peribadi, tidak ada kena-mengena dengan orang lain. Gua suka, gua kata suka. Gua tak suka, gua akan kata tak suka.



Nuffnang Premiere Screening of Parental Guidance
2 January 2013 (Wednesday)
9.30pm
Cathay Cineplex, e@Curve 


Filem Parental Guidance ni mengisahkan pasal cerita satu keluarga. Alice dan Phil yang mempunyai 3 orang anak iaitu Harper, Turner dan Barker. Perkembangan cerita mula menarik bila Alice dan Phil terpaksa ke luar negara untuk urusan kerja. Nak tak nak, atuk dan nenek lah kena jaga cucu, Artie dan Diane. Jimat kos jugak filem ni,asyik 7 beranak ni je,haha. Tapi, seriously fun.


Filem komedi ni mengisahkan cara Artie dan Diane nak jaga cucu. Depa nak try apply style 80-an di era millennium. Adeh, lawak betul. Artie merupakan seorang juruhebah tv untuk sukan besbol selama 25 tahun. Disebabkan style yang lama, maka syarikat inginkan perubahan nak mencari pengulas sukan baru yang lebih celik IT dan tahu apa itu facebook, twitter dan sebagainya.


Memandangkan dah dibuang kerja, tambah lagi anak dan menantu kena pergi outstation, mereka laki bini diberi mandat untuk menjaga cucu mereka selamat 5 hari. Nak tahu apa yang berlaku seterusnya? Kena tengok baru best.Aku recommend tengok filem ni sebab lawak. Kalau rasa dah lama tak gelak, better pergi tengok cerita ni.



Persoalannya, mampukah Artie dan Diane menjaga cucu mereka dengan cara mereka? Agak-agak,apa jadi bila dari parents yang strict, sekarang tiga-tiga budak tadi kena duduk dengan grandparents yang sempoi. For sure lah macam-macam jadinya. Adeh, tak kering gusi dibuatnya.


Apa yang menarik pasal cucu mereka?

  1. Tak boleh bagi makan benda yang manis-manis. Tapi Artie siap beli kek kasik makan,LOL 
  2. Harper, pemain violin. Perfectionist! High achievement sindrom 
  3. Turner gagap. Perlu hadirkan diri ke kelas terapi untuk berlatih bercakap. Minat gila-gila nak tengok filem Saw, tapi sentiasa dihalang oleh mak dan ayahnya. Akhirnya ditunaikan oleh datuknya, Artie.
  4. Artie sentiasa rasuah Barker yang suka mintak upah/duit. Barker dengan kangaroo bayangannya dan sikap yang tak boleh tengok orang sentuh makanannya. Budak ni degil sikit, tak dengar cakap. Kalau aku, dah lama lempang laju-laju.

Pendek kata, sepanjang tengok cerita ni, ada je yang gelak terbahak-bahak. So, sesiapa yang dah rasa lama dah tak gelak, boleh lah menonton filem Parental Guidance. Kalau tengok filem ni pun masih lagi tak gelak, anda mungkin bermasalah. Sila gi jumpa doctor psikatri secepat mungkin, keh3.

Terima kasih VIP jemputan kali ini :Shahir Naim


notakaki : Kalau movie pukul 11 malam tak habis lagi,memang takde chance la nak tengok sampai ending. Filem ni pun tak sempat tengok habis,LOL. Tapi overall, funny movie. Boleh tengok untuk release tension.

Post a Comment

0 Comments