ADS

KAKI SKODENG

Friday, June 3, 2011

GALI LUBANG, TUTUP LUBANG



Gali-gali-gali-gali-gali lobang
Gali-gali-gali-gali-gali lobang

Lobang digali menggali lobang
Untuk menutup lobang
Tertutup sudah lobang yang lama
Lobang baru terbuka


Kat atas ni sebahagian lirik lagu "GALI LOBANG TUTUP LOBANG". Lirik lagu di atas sebenarnya pasal hutang. Pinjam duit keliling pinggang, tapi tak gheti-gheti nak bayar. Hutang sana, hutang sini, nak bayar tapi liat. Walaupun hakikatnya, hutang wajib dibayar walaupun tidak dituntut. Tapi, hari ni bukan nak cakap pasal hutang, pemiutang dan penghutang. Cuma nak cakap pasal "GALI LUBANG TUTUP LUBANG".


Aku cuma tertarik dengan baris ayat ni, Lobang digali menggali lobang, Untuk menutup lobang, Tertutup sudah lobang yang lama, Lobang baru terbuka. Aku nak gunakan baris ayat ni sebagai analogi tentang apa yang sedang berlaku sekarang di dunia blog mahupun twitter. Pendek kata, di dunia siber tanpa sempadan ni.


Mula-mula, mari kita kecilkan skop perbincangan. First skali, untuk pendefinisian. Cuba kita takrifkan lubang ini sebagai "aib". Ya, "aib" seseorang. Gali pula sebagai "usaha seseorang terhadap aib tersebut". Menutup lubang dan membuka lubang pula adalah "usaha orang sekeliling berkaitan aib terbabit". Aku rasa "aib" apa, tak perlu diperjelaskan panjang lebar di sini kerana aku yakin lebih sejuta orang dah tahu (propa je nih). Maksudnya, dah ramai orang tahu pasal isu yang ingin aku utarakan di sini. So, tak payah buat blurr.


Lobang digali menggali lobang
Aku tak pasti dari mana lubang ini dijumpai. Tapi yang pastinya, lubang yang dijumpai itu kini digali dan terus digali. Kepada penggali asal, memang sah-sah la dia gali lubang untuk timbus diri sendiri. Untuk orang sekeliling pula, mungkin lubang yang telah digali itu menjadi satu fobia untuk mereka, takut-takut terjerumus dan tertimbus sama. Untuk sebahagian manusia pula, ada yang mengaggap lubang itu satu "nikmat" buat mereka. Gayanya seperti ada potensi selaku bisness baru untuk digali dan dikorek. Seterusnya dalamkan lubang itu untuk kepentingan sendiri. Nak dapatkan emas, harta karun, mata air mungkin.

Untuk menutup lobang
Ramai yang berziarah ke lubang itu. Ada yang sekadar lalu-lalang, ada juga yang singgah sekadar ingin membuat ujikaji dan eksperimen. Tidak terlepas, ada yang berusaha untuk menutup lubang itu. Malangnya, bukan semua yang menutup lubang itu menggunakan teknik yang betul. Ada yang menggunakan teknik kotor, hanya sedikit yang menggunakan teknik yang berkesan dan menjurus ke arah kemaslahatan sejagat.

Tertutup sudah lobang yang lama
Kata sesetengah yang bertanggungjawab untuk menutup lubang itu, "Tak elok gali lubang untuk timbus diri sendiri". Bunyinya sungguh prihatin dan cakna. Tapi, sejauh manakah keberkesananya dan jaminan untuk menutup lubang lama itu?

Lobang baru terbuka
Apa yang jelas kelihatan hari ini, bukan semakin cetek lubang itu, malah makin dalam dibuatnya. Yang berpesan, menasihati, malah yang mengutuk tindakan itu sekalipun semakin teruja untuk menggali lubang itu agar semakin dalam dengan cara mereka sendiri. Bukan setakat itu, malah dinaik taraf pula dengan teknologi mereka sendiri agar lubang itu semakin maju. Gali sana, gali sini. Semakin banyak lubang-lubang kini bertebaran di sana sini. Motif? Tujuan? Apakah sebenarnya? Hanya mereka yang bertanggungjawab sahaja mampu menjawabnya.


Tak guna kalau kita kata "Tak elok gali lubang untuk timbus diri sendiri"
Sedangkan kita sendiri "Cuba tutup lubang lama, lubang baru pula yang terbuka merata-rata"


Ini bukan "penyelamat" yang bijak, tetapi "pembunuh sempelat!"


p/s: Kita bukan siapa-siapa untuk menjatuhkan hukuman. Semoga apa yang terjadi menjadi pengajaran dan pedoman buat semua yang masih waras. Baik dijadikan teladan, buruk dijadikan sempadan. Bukan semua tindakan yang kita buat adalah betul, tidak kira benda baik mahupun tak baik. Kita memang tidak boleh lari dari kekhilafan diri, tapi apa kata kita cuba atasinya.


Entri ini pun mungkin baik, mungkin tidak baik. Apa yang aku rasa ingin aku kongsi. Kerana mana mampu untuk aku bersuara lantang. Cuma di sini, secoret kata untuk mereka yang sudi baca, dan rasionalkannya sahaja. Bukan tujuan untuk "attack" atau "menjatuhkan" sesiapa. Noktah



21 comments:

  1. bagus nasihat dan teguran anda. sangat lembut dan memberi panduan

    ReplyDelete
  2. haha mula-mula dengar lagu tu macam geli. kadang-kadang tak semua boleh dikongsikan haha

    ReplyDelete
  3. hmm....................
    saya pegi jenguk je, tak komen ape2 pun.. sebenarnya pendedahan 'orgtu' sgt penting, menunjukkan betapa tingginya kebejatan sosial sekarang.. mungkin dia kurang perhatian ibubapa.. post2 dia membuatkan saya melihat balik adik saya yang form 2.. dia masih manja, masih tak tahu banyak (mcm innocent gitu) dan dia lelaki.

    ish.. boleh percaya ke ni?

    ReplyDelete
  4. peh, setuju. kalau kawan kawan tak sebar, mana orang nak tahu perkara ni. dan aib takkan terbongkar.

    tq atas penulisan bernas ini.

    ReplyDelete
  5. Freaky:
    teguran utk diri sendiri jugak sebenarnya ni
    sekadar berkongsi apa yg difikirkan

    ReplyDelete
  6. [ acabond ]:
    tu pasal, klu sebut lubang semua dah pikir lain dah,aishh
    yup, setuju
    pasal hal dalam kelambu pun nk cerita satu dunia memang tak leh la

    ReplyDelete
  7. norashikin rahmat:
    honestly tu say, sy pun pergi baca jugak entri dan komen-komen terbabit
    agak terkesima jugak la, only 14

    yup, betul tuh. Adanya kes macam ni memang dapat dijadikan kayu pengukur utk kes sosial hari ni. Klu takde, kita pun x sangka kan?
    but, the way the story spreads, wow
    sungguh cepat di blog mahupun tweeter
    in this case, ada pro dan kontranya

    pasal percaya ke tak, tak leh nk jawab sebab kita takde jawapan.
    Mungkin juga ini memang kerja "dia", dan mungkin juga bukan kerja "dia", means ada org lain di sebalik cerita yg dibuat.
    wallahualam

    ReplyDelete
  8. mirul:
    haha, betul. Aku pi baca pun bila ramai gila orang letak link kat tweeter dan sekarang berlambak di blog.

    Kongsi maklumat tu ada bagusnya, boleh jugak kita tahu. Tapi kena betullah caranya.

    thanks bro for the comment

    ReplyDelete
  9. pembunuh sempelat!!
    *perkataan baru ku hari ini. :-)

    ReplyDelete
  10. **psstt! dah boleh komen ni. syukurlah nak.. (",)

    ReplyDelete
  11. blog-tips-kurus:
    oh, nasib bek dah boleh komen
    ingat dah ada problem ke apa
    thanks

    sempelat tu maksudnya berlumur dengan kotoran/berselekeh, camtu la lebih kurang

    ReplyDelete
  12. menarik jgk apa yg ko tulis ni.. hehe gali5 lobang...

    ReplyDelete
  13. owh
    ada lagu rupanya bab2 gali2 nih
    suka entry nih
    menarik la
    pandai ko hurai satu persatu
    nice entry

    ReplyDelete
  14. go go salleh yaakob.
    hhehe.

    saye cume lalu lalang je. nak tokok tambah saye tak reti. saye bukan budak yang hafal hadis setiap masa. nak nasihat pun saye tak tahu. cume berharap, dia berubah..

    manusia selalu buat silap. saye tahu itu. (:

    ReplyDelete
  15. Rakyat malaysia memang begitu prihatin terhadap isu yang panas-panas saja.pandai bercakap tapi cepat melatah.

    nak tunjuk jalan tapi tak tengok peta nak mengembara tapi tak punya kompasnya sudahnya sama-sama terjerumus dan tersesat sama.

    buat sesuatu biarlah berhemah jangan nanti orang pandang kita ni bangsa yang lemah.

    owh,rasanya apa penilaian kita terhadap penggali lubang yang asal ya? dia yang pertama,jadi apa yang dia cari di alam maya ini sehingga terjumpa?

    ReplyDelete
  16. hahaa..
    mendalam maksud dia.. berkali2 bace bru phm isi tersirat..kdg2 kita sendiri x sdr wt silap tp teguran demi teguran membantu kita jd lebih baik..

    ReplyDelete
  17. NICK IRFAN:
    sekadar menulis dan mengupas isu semasa
    merasionalisasikan apa yg berlaku di depan mata

    ReplyDelete
  18. Hans:
    yup, tu serangkap lirik lagu yang aku ambil
    best gak lagu tuh, sarat dengan mesej pasal hutang

    thanks bro
    aku sekadar menulis apa yg terlintas di kepala je
    selebihnya, biarkan pembaca mentafsirkan sendiri

    ReplyDelete
  19. cik azeya"
    salleh yaacob eh yg nyanyi lagu ni?

    yup, sama la
    semoga dia berubah, yg penting apa yg berlaku tu jadi pengajaran buat yg lain supaya tidak mengulangi apa yg telah terjadi ni

    ReplyDelete
  20. pisau belati"
    terima kasih untuk komen dan pandangan
    agak setuju yang bab cepat melatah
    contohnya isu-isu lain sebelum ini
    tanpa kesahihan, sudah ramai yg sudah berani keluarkan kenyataan berbentuk hebahan tanpa mengajak orang utk selidik dan mengkaji

    bab peta, kompas tu memang menarik
    nice analogi

    betul tuh, bila bangsa cepat melatah, bangsa kita semakin lemah

    dari persepsi penulis, penggali lubang utama adalah pemilik blog berkenaan
    gara-gara lubang yg digali, tertimbus diri sendiri
    ke-duanya, penggali sisipan iaitu selain daripada tuan empunya blog
    Di sini pelbagai ragam ada.
    Ada yg berbentuk nasihat, ada yg berbentuk kutukan.

    ReplyDelete
  21. darkbatman:
    entri untuk difikirkan bersama
    bukan paksaan utk diikut 100%, cuma untuk perbaiki apa yg patut bagi sesiapa yg rasa perlu

    p/s : terutama ak sendiri

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...